HALAL & HARAM





sekarang ni zaty nak bagi ceramah sikit tentang HALAL DAN HARAM .
bace tau ! ala , zaty kasi ceramah sikit sikit je pon -.-

Maksud Halal : Halal bermaksud ' dibenarkan ' atau ' tidak dilarang ' pengambilannya dalam Islam . Menurut Al Quran semua makanan yang baik dan bersih adalah Halal . Sehubungan itu , hampir semua sumber makanan laut , tumbuhan dan binatang dianggap halal kecuali mana-mana yang telah diharamkan pengambilannya .

Maksud Haram : Haram bermaksud ' tidak dibenarkan ' atau ' dilarang ' pengambilannya dalam islam . Antara makanan yang diharamkan seperti yang disebutkan dalam Al Quran termasuklah yang berikut :-

> Bangkai
> Darah
> Babi
> Minuman yang memabukkan termasuk minuman beralkohol . Selain itu binatang pemaging , burung pemangsa , dan binatang di darat bertelinga luar juga dilarang memakannya . Sebarang produk yang dicemari sumber yang haram juga diharamkan pengambilannya .

 Kandungan yang mengandungi bahan-bahan haram :-

Berus - diperbuat daripada bulu babi
Pinggan mangkuk - mengandungi abu tulang binatang
Produk ikan - mengandungi plasma darah
Bahan kosmetik - mengandungi estrak uri manusia
minyak wangi - Dicemari lemak babi
Kek - mengandungi gelatin dan lemak binatang
roti - mengandungi lemak binatang
Aiskrim - mengandungi gelatin


* sebenarnye ade banyak lagi barang-barang/makanan yang haram digunakan , tapi malas nak tulis*

Produk-produk lain yang meragukan :

1. Gincu bibir
2. Syampu
3. Rokok
4. Ayam ternakan ladang
5. Produk daripada kulit babi

Maksud produk-produk lain yang meragukan ni , macam Produk yang kemungkinan HARAM .

Isu halal haram :-

1. Sosej daging lembu dari Australia didapati mengandungi daging babi .
2. Alkohol dikesan dalam minumam tonik untuk bayi .
3. Susu rumusan bayi didapati mengandungi lemak binatang .
4. lemak babi digunakan dalam penghasilan minyak wangi .
5. Sabun diperbuat daripada lemak binatang .
6. Perisa makanan didapati mengandungi alkohol .
7. Filem dan Foto didapati bersalut gelatin .

RAMBUT MANUSIA TERDAPAT DALAM MAKANAN .

contoh makanan tersebut :-

1. Roti
2. Piza
3. Bahan perisa makanan
4. Serbuk L-cysteine

Barangan daripada kulit babi :

- orang islam tidak mengetahui sama ada mereka memakai jaket dan kasut kulit atau membawa dompet dan barangan kulit lain yang diperbuat daripada kulit babi .

Di manakah ia digunakan ?

- Kasut atau kasut sukan : Kasut kulit sepenuhnya atau pelapik kasut di sebelah dalam mungkin diperbuat daripada kulit babi .
- Jaket : Jaket suede kulit sama ada pada paras lutut atau pinggang , berlengan panjang atau tanpa lengan .
- Dompet : Dompet lelaki dan wanita . Kulit sepenuhnya atau pelapiknya sahaja mungkin daripada kulit babi .
- Beg sandang : Beg sandang kulit untuk lelaki dan perempuan , biasanya pelapik sebelah dalam adalah kulit babi . Tetapi , awas juga bahagian lain beg kulit itu .

Itu sahaja serba sedikit pemberitahuan tentang HALAL dan HARAM . saye malas nak tulis ni . haha -..- Sape orang islam yang ternampak tajuk di atas tu , WAJIB baca !


Thank You sebab baca entry ni . Jangan lupa like dan komen .

No comments: